Sunday, November 10, 2019
Tuesday, October 15, 2019
LATAR BELAKANG PPD JEMPOL DAN JELEBU
Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu
diwujudkan pada 2 Januari 1998. Pada peringkat awalnya pejabat pendidikan
ini yang lebih dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Cawangan Jempol
merupakan cawangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Jempol dan
Jelebu. En. Dini bin Jamin dilantik sebagai penolong PPD cawangan Jempol
yang pertama dan dibantu oleh 4 orang pegawai yang dipinjamkan secara
pentadbiran iaitu, En. Hazamudin bin Jaafar, En. Ismail bin Sharif, En.
Mohd Nor bin Deman, Cik Siti Ezalmezal (pegawai Pra Sekolah) serta seorang
PTR, Cik Norhawati Mukdan.
|
Penstrukturan
semula PPD pada tahun 2003 telah mengubah senario pengurusan PPD di seluruh
Malaysia. Sehubungan itu
PPD
KPJJ telah berpecah dua. PPD Kuala Pilah telah menjadi satu PPD dan bergerak
secara sendirian, manakala PPD Jempol dan Jelebu digabungkan menjadi satu
PPD. Tuan Hj. Baherin bin Sihat, iaitu pengetua dari Sekolah Menengah Sains
Tuaku Jaafar Kuala Pilah, telah dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah
Jempol dan Jelebu yang pertama memulakan tugas pada 28 Julai 2003.
|
Pada
tahun 2010, Seramai 16 orang pegawai interim ( dipinjamkan secara
pentadbiran) telah ditempatkan di
Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu.
Menjelang tahun 2011, Pejabat Pendidikan Jempol
dan Jelebu telah bertukar ke lokasi baharu apabila bangunan baharu PPD
telah siap dibina untuk beroperasi . Pejabat utama PPDJJ terletak di Bandar
Seri Jempol dan pejabat cawangan di Kuala Klawang, Jelebu.
|
Kini Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu diterajui oleh En. Anuar Bin Mat Isa, P.M.C. PPDJJ diperkukuhkan seramai 59 orang pegawai dan 20 orang kakitangan
sokongan. Terdapat 99 buah sekolah di bawah pentadbiran PPDJJ iaitu 25
sekolah menengah dan 74 sekolah rendah.
|
Monday, October 14, 2019
Tuesday, October 8, 2019
FUNGSI SEKTOR PERANCANGAN PPD
BIL |
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN JPN |
JPN |
BIL |
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD |
PPD |
1 |
Membangunkan pelan strategik JPN yang selari dengan pelan jangka panjang KPM. |
JPN |
1 |
Membangunkan, memantau dan menilai pelan strategik pembangunan pendidikan daerah yang selari dengan dasar dan pelan pembangunan pendidikan KPM. |
PPD |
2 |
Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan JPN dan PPD di bawah JPN. (OBB) |
JPN |
2 |
Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut (OBB). |
PPD |
3 |
Menyediakan keperluan unjuran elrolmen, kelas dan guru di sekolah-sekolah bawah kawalan JPN. |
JPN |
|
|
|
4 |
Verifikasi dan penyelarasan pangkalan data sebagai pusat sehenti bagi JPN dan PPD dibawah kawalan JPN. |
JPN |
3 |
Verifikasi dan penyelarasan pusat sehenti pangkalan data bagi PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD. |
PPD |
5 |
Perancangan projek termasuk skop dan anggaran kos bagi projek jangka panjang. |
JPN |
|
|
|
6 |
Menyelaras keperluan pembangunan bagi urusan pembukaan/pemindahan sekolah. |
JPN |
|
|
|
7 |
Menyelaras pemilihan program-program utama untuk dilaksanakan di peringkat negeri/wilayah. |
JPN |
4 |
Menentukan, menyelaras dan memantau KPI dan SKT PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut. |
PPD |
8 |
Menyelaras program pelibatan (Public-Private Partnership) dan hubungan antara agensi/komuniti. |
JPN |
5 |
Menyelaras program penglibatan (Public-Private Partnership) dan hubungan antara agensi/komuniti. |
PPD |
9 |
Menyelaras dan memastikan pematuhan/pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan daripada hasil laporan audit dan naziran. |
JPN |
|
|
|
10 |
Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan insiatif kualiti dan inovasi di peringkat JPN dan PPD di bawah kawalan JPN. |
JPN |
6 |
Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan insiatif kualiti dan inovasi di peringkat PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut. |
PPD |
11 |
Menyelaras perhubungan dan aduan awam di peringkat negeri/wilayah. |
JPN |
7 |
Menyelaras perhubungan, aduan dan penyebaran maklumat berkaitan program PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut. |
PPD |