SELAMAT DATANG ......KE BLOG SEKTOR PERANCANGAN PPD JEMPOL DAN JELEBU.....

Tuesday, October 15, 2019

LATAR BELAKANG PPD JEMPOL DAN JELEBU






Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu diwujudkan pada 2 Januari 1998. Pada peringkat awalnya pejabat pendidikan ini yang lebih dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Cawangan Jempol merupakan cawangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu. En. Dini bin Jamin dilantik sebagai penolong PPD cawangan Jempol yang pertama dan dibantu oleh 4 orang pegawai yang dipinjamkan secara pentadbiran iaitu, En. Hazamudin bin Jaafar, En. Ismail bin Sharif, En. Mohd Nor bin Deman, Cik Siti Ezalmezal (pegawai Pra Sekolah) serta seorang PTR, Cik Norhawati  Mukdan.



Penstrukturan semula PPD pada tahun 2003 telah mengubah senario pengurusan PPD di seluruh Malaysia. Sehubungan itu
PPD KPJJ telah berpecah dua. PPD Kuala Pilah telah menjadi satu PPD dan bergerak secara sendirian, manakala PPD Jempol dan Jelebu digabungkan menjadi satu PPD. Tuan Hj. Baherin bin Sihat, iaitu pengetua dari Sekolah Menengah Sains Tuaku Jaafar Kuala Pilah, telah dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu yang pertama memulakan tugas pada 28 Julai 2003.



Pada tahun 2010, Seramai 16 orang pegawai interim ( dipinjamkan secara pentadbiran)  telah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu.
Menjelang tahun 2011, Pejabat Pendidikan Jempol dan Jelebu telah bertukar ke lokasi baharu apabila bangunan baharu PPD telah siap dibina untuk beroperasi . Pejabat utama PPDJJ terletak di Bandar Seri Jempol dan pejabat cawangan di Kuala Klawang, Jelebu.



Kini Pejabat Pendidikan  Daerah Jempol dan Jelebu  diterajui oleh En. Anuar Bin Mat Isa, P.M.C. PPDJJ  diperkukuhkan seramai  59 orang pegawai dan 20 orang kakitangan sokongan. Terdapat 99 buah sekolah di bawah pentadbiran PPDJJ iaitu 25 sekolah menengah dan 74 sekolah rendah.

No comments:

Post a Comment